Thursday 11 March 2010

Mencari jalan penyelesaian

Hati saya amat tersentuh melihat kepincangan yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Apatah lagi tatkala membaca keratan akhbar mengenai kes buang bayi malahan ada yang sanggup membunuhnya.

Kadang-kadang timbul di benak saya sampai bilakah perkara ini akan berlarutan. Di manakah nilai moral di kalangan masyarakat kita sekarang? Siapakah yang harus di persalahkan?

Kes ini mungkin terjadi akibat dari keruntuhan institusi keluarga itu sendiri. Yang mana ibu bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak terutamanya selepas mereka menamatkan persekolahan mereka.

Malahan apa yang kita dapat lihat sekarang masyarakat tidak gemar menegur, ibarat kata seorang ini “ pandai buat pandai-pandailah tanggung, nak tegur anak orang”.
Faktor kesibukan ibu bapa juga menjadi faktor anak-anak mencari keseronokan di luar sehingga makan diri.

Sanggupkah kita sebagai masyarakat melihat nilai moral dan etika kita semakin runtuh? Seolah-olah kita menjadi masyarakat jahiliah yang mengutamakan keseronokan.
Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, marilah kita menggembeling tenaga mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sungguhpun agak sukar, sekurang-kurangnya kita berusaha.

Mata yang telah lama di pejam itu, marilah kita buka kembali agar kita dapat menjadi manusia yang dapat membantu insan lain tanpa mencipta beribu alasan untuk membiarkan dan menidakkan apa yang telah terjadi.