Thursday 11 March 2010

Mencari jalan penyelesaian

Hati saya amat tersentuh melihat kepincangan yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Apatah lagi tatkala membaca keratan akhbar mengenai kes buang bayi malahan ada yang sanggup membunuhnya.

Kadang-kadang timbul di benak saya sampai bilakah perkara ini akan berlarutan. Di manakah nilai moral di kalangan masyarakat kita sekarang? Siapakah yang harus di persalahkan?

Kes ini mungkin terjadi akibat dari keruntuhan institusi keluarga itu sendiri. Yang mana ibu bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak terutamanya selepas mereka menamatkan persekolahan mereka.

Malahan apa yang kita dapat lihat sekarang masyarakat tidak gemar menegur, ibarat kata seorang ini “ pandai buat pandai-pandailah tanggung, nak tegur anak orang”.
Faktor kesibukan ibu bapa juga menjadi faktor anak-anak mencari keseronokan di luar sehingga makan diri.

Sanggupkah kita sebagai masyarakat melihat nilai moral dan etika kita semakin runtuh? Seolah-olah kita menjadi masyarakat jahiliah yang mengutamakan keseronokan.
Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, marilah kita menggembeling tenaga mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sungguhpun agak sukar, sekurang-kurangnya kita berusaha.

Mata yang telah lama di pejam itu, marilah kita buka kembali agar kita dapat menjadi manusia yang dapat membantu insan lain tanpa mencipta beribu alasan untuk membiarkan dan menidakkan apa yang telah terjadi.

Wednesday 24 February 2010

Kewartawanan dalam Talian Memberi Ruang Kepada Suara-Suara Penentang



Internet Worlds Statistik telah menunjukkan pengguna internet di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah seiring dengan adanya media baru iaitu kewartawanan dalam talian yang mana berita dan informasi internet telah memberikan satu ruang wadah baru kepada masyarakat untuk memanfaatkannya sebagai alat demokrasi yang ideal.

Dalam konteks demokrasi, saya amat bersetuju yang kewartawanan dalam talian adalah medium yang paling berkesan untuk memberi peluang kepada pengguna menyuarakan pendapat atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Selain itu juga, pengguna boleh meluahkan ketidakpuasan hati atau mengkritik sesuatu perkara yang tidak dipersetujui, secara bebas dengan pengguna-pengguna lain.

Kewartawanan dalam talian ini telah memberikan rakyat hak penggunaan yang lebih bebas tanpa pengawalan undang-undang seperti yang di tekankan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana tiada sekatan dalam kandungan internet. Di antara capaian dalam internet yang merintis kebebasan rakyat adalah blog, forum dan portal berita online seperti Malaysia Kini.

Namun, kebebasan menggunakan internet pula kini menjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi dan pihak tertentu. Ia telah menyumbang kepada suara-suara penentang dalam menyuarakan ketidak puasan hati mereka. Suara-suara penentang ini muncul atas pelbagai aspek baik dari menyentuh tentang dunia politik, agama, kaum, negara dan banyak lagi.

Sebagai contoh, penggunaan blog yang mana identiti pemilik blog dilindungi menggalakkan lagi penggunaan blog oleh pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai medium untuk membincangkan sesuatu isu dan pandangan tanpa memikirkan tentang sensitiviti pihak lain. Mereka ini berselindung disebalik nama-nama samaran mengambil bahagian dalam berwacana yang kebanyakannya lebih beremosi dari rasional.

Dan apa yang kita dapat lihat sekarang, pemilik blog menggunakannya untuk melepaskan ketidakpuasan hati, rasa marah, dendam malahan emosional dalam penulisan mereka. Tambahan lagi, terlalu banyak maklumat, pandangan dan juga tidak dinafikan kutukan yang di suarakan di dalam blog. Lantaran itu, ia telah menimbulkan kekeliruan kepada pembaca yang mana terlalu banyak ideologi yang dinyatakan oleh pelbagai pihak.

Sebagai generasi muda, saya juga kadang-kadang keliru dengan perdebatan politik yang ada di dalam internet. Suara-suara penentang mengutuk dan mencaci pihak lawannya bagi menegakkan kebenaran, mengangkat martabat mereka agar pembaca melihat pandangan mereka benar dan tulus. Namun, kerana inilah, bagi pendapat saya, generasi muda mula jelik dengan isu-isu politik yang tidak ada sudahnya. Apa yang di harapkan bukan hanya sekadar perdebatan politik, tetapi usaha untuk membangunkan masyarakat dan pembangunan bangsa.

Kebebasan dalam menggunakan internet menggalakkan suara-suara penentang dalam isu-isu lain yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Pastinya situasi ini mampu meruntuhkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu.

Suara-suara penentang ini wujud dari pengendali blog, website dan portal itu sendiri malahan menarik pembaca untuk bersama-sama menyuarakan tentangan mereka. Oleh itu, informasi yang didedahkan adalah berdasarkan pemikiran dan pandangan logik mereka sendiri. Malahan kadang-kadang mereka terlalu mengikut emosi dan taksub dalam membangkitkan isu-isu yang mereka rasakan penting kepada mereka. Jesteru itu, hal ini boleh menyebabkan fitnah dan hasutan berlaku menerusi internet.

Akibat dari wujudnya suara-suara penentang ini, ia berupaya menjana kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yan diperolehi. Malahan, ia telah menghakis nilai etika apabila ada individu yang memberikan pandangan secara tidak rasional.

Kesimpulannya, kewartawanan dalam talian yang ada pada masa kini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menunjukkan yang kita sebagai rakyat bertanggungjawap menggunakan ruang kebebasan yang ada dengan matang dan pastinya batas-batas adab perbincangan perlu digaris agar kebebasan yang ada dapat di manfaatkan dengan berhemah dan menyumbang kepada pembinaan bangsa dan negara.

Koleksi TV Lama-lama..








Hmmm..cntk jugk tv lame ye...hehe..

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Nasihat Imam Ghazali rh.

Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1. Pintu marah dan syahwat.

2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.

3. Kekenyangan makanan.

4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.

5. Keinginan mengampu.

6. Gopoh dan tidk menyelidiki terlebih dahulu.

7. Harta dan wang ringgit.

8. Lokek dan takutkan kemiskinan.

9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.

10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar aqal fikiran.

11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

di petik dari http://teladan98.tripod.com/teladan207.htm

Di antara garis panduan bagi penulis blog

Berikut adalah di antara garis panduan bagi penulis blog yang saya baca di laman web 1 Malaysia.

Satu garis panduan ini didasarkan pada berasaskan Society of Professional Journalists ‘kod etika untuk blogger.

- Blogger harus jujur dan bersikap adil dalam mengumpul maklumat dan mentafsir maklumat.

- Jika melakukan kesilapan dalam penulisan..harus jujur dan bersikap terbuka untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan tersebut.

- Elakkan plagiat

- Jangan menghasilkan satu penulisan atas maklumat yang tidak tepat.

Kerana Cinta


“Buang emak buang saudara, kerana cinta aku turutkan”. Begitulah yang terjadi kepada gadis-gadis Malaysia sekarang yang sanggup lari mengikut teman lelaki warga asing dengan tekad meninggalkan keluarga dan masa depan atas dasar cinta.

Namun, sekalung tahniah di ucapkan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di atas perhatian dan usaha mereka baru-baru ini kerana telah berjaya membawa pulang salah seorang gadis Malaysia yang telah melarikan diri ke Lombok kerana mengikut teman lelaki.

Di harap, semua gadis-gadis yang lain juga menjadikan perkara ini sebagai iktibar agar tidak membuat keputusan sesuka hati sekali gus mengecewakan kedua orang tua kita.

Saya berharap kita sama-sama beringat agar tidak mejadikan cinta dengan warga asing sebagai alasan untuk membuat keputusan sesuka hati tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang.

Cukuplah dengan kes buang ibu ayah dan kes buang bayi, jangan jadikan masalah cinta, lari mengikut teman lelaki sebagai salah satu alasan lagi bagi menunjukkan institusi keluarga kini yang semakin pincang dan membimbangkan.

Di harap ibu bapa, masyarakat, pemimpin-pemimpin, media dan juga individu itu sendiri mengambil peranan masing-masing agar kita bersama-sama mencari jalan bagi mengelakkan dari perkara seperti ini terus berlaku.

Jangan bila nasi sudah menjadi bubur, baru kita berfikir-fikir untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Tuesday 23 February 2010

Graduan

Hari ini saya ingin mencoret lagi.Tetapi ceritanya pada sabtu yang lepas. Saya pulang dari kampung menaiki bas. Dihadapan saya, ada dua orang pelajar dari dua universiti tempatan.

Bukan niat mencuri dengar, tetapi perbualan mereka menarik perhatian saya. Topik mereka adalah mengenai pelajar UiTM yang beruntung kerana mempunyai banyak subsidi, yuran murah, subsidi makanan dan pelbagai lagi.

Apa yang membuatkan saya terus mendengar perbualan mereka, apabila mereka menyatakan yang graduan dari UiTM bukan saingan yang hebat untuk mereka. Sebab itulah yurannya murah. Bagi mereka, mereka lebih di kehendaki pasaran kerja dan tak perlu risau dengan pelajar UiTM.

Sebagai pelajar UiTM saya amat tidak setuju. Yuran murah atau mahal, subsidi bukan ukurannya. tugas seorang pelajar adalah belajar dan mencapai cita-cita dan kejayaan bukan bergantung kepada universiti mana yang kita masuk, tetapi usaha kita.

Tetapi begitulah...Bukan semua orang akan berpuas hati. Ada saja perkara akan di pandang tak kena. Bagi saya, sebagai seorang pelajar universiti tidak kira dari mana universiti, kita perlu menyokong antara satu sama lain dan menganggap ia sebagai persaingan yang sihat.

Saturday 20 February 2010

Si Tanggang Moden

Nauzubillah. Apa sudah jadi dengan anak-anak sekarang? Mana hilangnya rasa kasih, sayang dan hormat mereka sampai sanggup mengetepikan ibu bapa sendiri. Ibu bapa yang menjaga mereka dari kecil kini di biarkan merempat di tepi jalan menagih simpati orang lain dari simpati anak sendiri. Ibu bapa yang membelai mereka kini hanya menumpang kasih di rumah orang-orang tua. Kejam sungguh anak-anak itu yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka atas alasan sibuk, pasangan tidak suka dan bermacam-macam lagi.

Saya mengambil kesempatan ini ingin mencoret kisah seseorang ini yang saya petik dari rancangan Semanis Kurma di TV9.

Kisahnya:

Sendiri..aku sendiri...sendiri sepi...luah hati seorang ayah yang kini kudung dan ditinggalkan sendiri di rumah orang-orang tua. Masih terngiang kata-kata itu..“kami dah tak larat nak jaga ayah, rumah pulak tinggi, kalau ayah sakit nak g hospital kami kena dukung ayah turun naik. Ada baiknya ayah tinggal di rumah orang-orang tua. Ada masa kami datangla melawat.

Ya Allah....tega sungguh anaknya berkata sedemikian. Ayah yang berpanas berhujan selama ingin membesarkan anak-anak, tidak pernah merungut. Bukan harta yang di pinta, cukuplah kasih sayang yang di berikan anak sebelum ayahmu pergi menghadap Ilahi. “ takpelah nak...biarlah ayah pergi. Ayah tahu keadaan ayah hanya menyusahkan anak menantu ayah. Ayah faham maksud di sebalik wajah menantu ayah yang masam.kaki ayah memng dah takde, tapi ayah masih punya perasaan, terima kasih anak-anakku..”ayah berbisik di dalam hatinya.

Sakit sungguh perasaan hati seorang ayah apabila anak-anak yang dulu di manjakan kini jauh dari pandangan. “aku rindu anak-anakku....” keluh si ayah. Namun hingga kini,anak-anaknya tak kunjung tiba. “mungkin bila aku dah mati baru anak-anak nak datang...takpela...siapala aku ini..”merajuk sudah hati ayahnya.

Datanglah menjenguk ayahmu wahai anak-anak ini. Jangan kau sesali bila ayahmu sudah pergi. Jangan ratapi kehilangannya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.... Saya ingin mencoret lagi. Namun tangan ini seolah-olah berat untuk mencoret lagi. Apa yang dapat saya coretkan hanyalah sepotong doa....

Ya Allah, jadikanlah aku anak yang baik, yang dapat menjaga ibu bapaku sehingga hujung nyawaku..Amin...


Mereka Juga Punya Kekuatan

17 Februari 2010

Malam tadi saya menonton Bersamamu....lantas terpanggil saya untuk mencoret lagi. Ya Allah. Sungguh berat dugaanmu kepada pasangan orang kurang upaya itu. Namun Kau anugerahkan mereka jiwa yang kental berusaha mencari rezeki walau diri tak sesempurna mana. Kau anugerahkan mereka permata hati yang comel dan sihat walafiat menjadi teman pengubat luka.Kau anugerahkan mereka kekuatan.

Adakah kita manusia yang cukup sifat ini mensyukuri nikmat Tuhan seperti mereka. Saya bukan ingin menidakkan. Tetapi melihat situasi sekarang, ramai yang masih leka dengan nikmat yang ada. Bahkan, baru susah sedikit sudah merungut. Adakah kita tidak punya kekuatan seperti pasangan OKU terbabit? Atau kita yang terlalu begantung dengan apa yang ada?

Ya Allah. Tanamkanlah kekuatan kepada setiap hambaMu dalam menghadapi kehidupan ini. Melihat kekentalan semangat pasangan OKU itu buat saya rasa terlalu kerdil di sisi mereka. Faktor kecacatan bukan penghalang kepada mereka untuk berusaha mencari rezeki tanpa menyusahkan orang lain. Sedangkan kita yang baru sakit sedikit sudah mengeluh, penat mencari duit. Bukan sahaja itu, mereka pula membantu rakan-rakan senasib untuk mencari rezeki. Murni sungguh.

Apa yang membanggakan saya, semangat pasangan OKU ini ialah, mereka tetap melawat ibunya yang tidak tinggal bersama saban minggu. Kecacatan bukan penghalang dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sedangkan kita yang sihat walafiat ini kadang-kadang berkira untuk pulang ke kampung.

Lantaran itu, saya panjatkan doa kepada yang Maha Esa, moga mereka di berikan kekuatan atas dugaan yang mereka perlu tempuh. Bagi kita, masyarakat yang sihat walafiat ini, sedarlah yang kita hidup pinjaman Tuhan. Mungkin belum masanya kita akan menerima dugaan yang berat. Namun bersiap sedialah. Agar kita tidak menyalahkan takdir di kemudian hari. Bantulah insan yang memerlukan kerana mungkin satu hari nanti kita atau anggota keluarga kita pula di tempat mereka.

Cuba baca Laju-Laju

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Buang Bayi : Sama-sama mencari jalan


Hati saya amat tersentuh melihat kepincangan yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Apatah lagi tatkala membaca keratan akhbar mengenai kes buang bayi malahan ada yang sanggup membunuhnya. Kadang-kadang timbul di benak saya sampai bilakah perkara ini akan berlarutan. Di manakah nilai moral di kalangan masyarakat kita sekarang? Siapakah yang harus di persalahkan?

Kes ini mungkin terjadi akibat dari keruntuhan institusi keluarga itu sendiri. Yang mana ibu bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak terutamanya selepas mereka menamatkan persekolahan mereka. Malahan apa yang kita dapat lihat sekarang masyarakat tidak gemar menegur, ibarat kata seorang ini “ pandai buat pandai-pandai lah tanggung, nak tegur anak orang”. Faktor kesibukan ibu bapa juga menjadi faktor anak-anak mencari keseronokan di luar sehingga makan diri.

Sanggupkah kita sebagai masyarakat melihat nilai moral dan etika kita semakin runtuh? Seolah-olah kita menjadi masyarakat jahiliah yang mengutamakan keseronokan. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, marilah kita menggembeling tenaga mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sungguhpun agak sukar, sekurang-kurangnya kita berusaha. Mata yang telah lama di pejam itu, marilah kita buka kembali agar kita dapat menjadi manusia yang dapat membantu insan lain tanpa mencipta beribu alasan untuk membiarkan dan menidakkan apa yang telah terjadi.

Fenomena Laman Web Rangkaian Sosial


Pengaruh laman web rangkaian sosial ini dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi. Kehadirannya kini bagai satu fenomena.

Malah di Malaysia ia bagai satu kewajiban di kalangan masyarakat kita untuk mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri baik dari golongan pemimpin kita, golongan profesional, remaja dan kanak-kanak.

Banyak manfaat yang kita dapat gunakan dalam laman web sosial seperti bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin dan berkongsi pengalaman.\

Friendster, Myspace, Twitter, Facebook ibarat makanan harian bagi sesetengah golongan sehingga menjadi pengguna fanatik yang taksub dengan perisian laman web rangkaian sosial tersebut.

Ia juga kini menjadi gaya hidup kebanyakan orang sehingga ada sesetengah pengguna yang kemaruk menggunakannya dari pagi sehingga larut malam.

Malahan ada juga yang menganggap kehidupan mereka seperti tidak lengkap sekiranya laman sosial itu tidak di buka.

Fenomena ini kini menjadi kerisauan di sesetengah pihak kerana banyak masalah timbul dari penggunaan laman tersebut yang sejak akhir-akhir ini menjadi berita di televisyen dan di dada akhbar akibat dari penyalahgunaannya.

Ini kerana terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sosial untuk meluahkan ketidakpuasan hati, mengutuk, menghina dan melepaskan marah.
Sehubungan dengan itu, pengguna mestilah bertanggungjawap atas apa sahaja ulasan, komen, pandangan yang dimuatkan dalam laman tersebut seperti yang di sarankan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pengguna laman web rangkaian sosial ini khususnya golongan remaja perlulah celik mata dengan penggunaannya agar tidak memakan diri, tergadai masa depan. Carilah informasi mengenainya agar menjadi pengguna yang bijak.

Fikirlah dahulu sebelum tulis agar tidak mengundang padah dan dikenakan tindakan undang-undang. Berbaliklah kepada tujuan asal laman sosial itu di mana tujuannya adalah untuk berkomunikasi bukan untuk mencari atau mencipta masalah.

Aku Ingin Menulis

Aku ingin menulis,
Benar ingin menulis....
Tapi pada siapa...
Apa tujuannya...

Aku cuba menulis..
Sebagai penterjemahan pada apa yang akal fikirkan...
Sebagai luahan pada apa yang hati rasakan....
Moga aku bisa menulis..
Lalu, izinkan aku menulis......

Yang Pertama

Sebenarnya agak terlambat saya postkan coretan saya kerana blog saya yang sebelum ini mengalami maslah teknikal...:)Alhamdulillah, dapat juga saya siapkan blog ini sepenuhnya.
Selamat Membaca.
:)